Thursday, May 30, 2013

Tips Interview Jawatan Pentadbiran dan Akademik

Tetiba teringat nak share pengalaman semasa interview dulu-dulu.. banyak kali juga aku g interview kerja. Lebih daripada sepuluh, mybe. Jawatan pentadbiran selepas tamatnya pengajian di UM dan dua jawatan akademik selepas habis master di UKM.


Ok aku mulakan dengan jawatan pentadbiran dulu, aku banyak apply jawatan yang berkaitan dengan jurusan aku iaitu media studies. Jadi jawatan dalam gomen dan swasta seperti PRO, Penerbit Rancangan,   wartawan, editor dan sewaktu dengannya. Bila interview gomen untuk jawatan Penerbit Rancangan ada tiga peringkat, ujian suara, ujian bertulis dan baru boleh ke peringkat interview. Aku pernah rasa ke tiga-tiga peringkat. Tapi tiada rezeki. Masuk ja interview ada dua orang panel selalunya kalau gomen, sorang daripada SPA dan sorang lagi daripada industri.. i mean daripada bidang korang la.. kalau penerbita rancangan sorang akan datang dari Jabatan Penyiaran. SPA ni selalunya dia akan suruh introduce yourself dalam BI jadi ceritalah panjang-panjang tentang diri sendiri pasal nama, adik beradik, ayah kerja apa, education background, pengalaman kalau pernah bekerja. Jangan lari topik lak. Mula dengan introduce dan akan masuk kepada soalan-soalan lain seperti dasar negara dan sebagainya. Kalau panel dalam industri, tolong bersedia dengan ilmu-ilmu dalam kerjaya. Macam-macam dia boleh tanya daripada teori sampailah praktikal. Itu bab gomen.

Masuk interview syarikat swasta.. ha. yang ni lagi dup dap dup dap. Aku penah masuk dalam interview swasta ni 8 orang panel. Masa tu mohon wartawan kat utusan karya, swasta ni lain skit, peluang untuk dapat tu tinggi kalau anda YAKIN dan tidak gentar untuk menjawab setiap soalan yang ditanya. Jangan lari topik. Sekali lagi jangan lari topik. Kalau dah berminat sesuatu jawatan jawab IA dan tunjukkan minat anda terhadap jawatan yang ditawarkan. Silap aku masa tu cuma p bagi tau nak kerja lima tahun untuk ambil pengalaman dan nak masuk dalam bidang akademik. Punggahhhhhh. Habislah. Tapi memang niat aku macam tu pun. Jadi kalau masa interview tu bila ditanya bab kerja, kata la nak kerja selama-lamanya. Kiranya syarikat tersebut dihatiku selamanya.. chewaaahhh.. mula-mula masuk macam biasalah. Introduce, pastu tanya pengalaman bekerja. Kalau journalist dia akan tanya minat dalam bidang apa? sebab banyak meja dalam bidang kewartawanan, meja ekonomi, meja hiburan, meja am dan sebagainya. 

Itu untuk jawatan pentadbiran. Masuk ke jawatan akademik. Kalau jawatan akademik *ni baru betul2 minat
ada dua peringkat selalunya. Peringkat Fakulti dan peringkat Universiti yang mengambil masa yang sangat lama. Time aku lebih kurang setengah tahun untuk settlekan semua interview. Cabaran amatlah besar. Panel biasalah, dekan, ketua jabatan, AR. Masuk bilik interview senyum ya. Interview di peringkat fakulti dan universiti dalam BI, tiada BM. Kalau gomen BM, BI skit ja time introduce tu. Soalan awal, introduce yourself, lepas tu pengalaman dan paling penting PhD. Tolong khatam thesis yang anda buat masa master dulu.. khatam semua.. problem statement, RQ, objective, result dan sebagainya.. jangan tersangkut-sangkut. Satu lagi pasal PhD. Masa interview dia akan tanya juga peringkat fakulti dan juga peringkat universiti. Nak tak nak.. kalau nak apply jawatan akademik, main idea untuk buat PhD tu dah ada.. tajuk, problem statement, audience yang nak dikaji dan sebagainya.. supaya nampak anda memang betul-betul berminat dalam dunia akademik sebab dalam dunia akademik bukan mengajar semata-mata ya, research, kerja admin pun ada juga. Jadi kena tau semualah. Soalan yang lain, kenapa anda memilih IPTA/S tersebut, kelebihan yang ada pada diri berbanding dengan calon-calon lain. Kalau soalan memilih IPTA/S tu boleh ambil balik kat visi universiti.. contoh UITM boleh la jawab "Saya ingin menjadi sebahagian warga UITM dan sama-sama bekerja keras untuk menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika"


Tips: 

Pakaian: 
Tolong berpakaian kemas, warna lebih dan cerah.. jangan pakai warna hitam, kelabu. Rambut jangan skema sangat kalau lelaki, tapi jangan terlalu style sangat. Ala-ala kadar dan sesuai dengan jawatan yang dimohon. Bila anda masuk bilik bagi salam dan jangan duduk selagi panel tak suruh. 
INGAT! panel dah dapat tau anda orang yang bagaimana dari anda buka pintu bilik interview lagi. FEEL of CONFIDENCE tu yang penting.

Kedudukan badan: 
jangan dok goyang kaki, gedik-gedik kaki sebab takut.. duduk dalam keadaan selesa.. relakss.. enjoy!

Menjawab soalan: jawab dengan yakin even jawapan tu tak pasti atau salah. kadang-kadang panel selalu bagi soalan dan bila kita jawab dia akan kata "Betul ke?" jadi jawapan yang dibalas perlu "Betul" kalau ada isi nak defend, defend la supaya boleh meyakinkan panel. 


itu serba sedikit yang aku ingat untuk dikongsi bersama.. moga menjadi panduan.. 

Thursday, February 14, 2013

Selami Budaya Jawa di Jogjakarta


terketaq-ketaq juga nak menaip ni, maklumlah dah tiga bulan tak update blog. Nampaknya blog memang aku update pasai jalan-jalan ja lah.. tak macam waktu study dulu.. terberak, terkencing semua nak update kan? keh keh keh.. Ok start dah nak bercerita, anda dah bersedia untuk membaca coretan ini? Go!

Plan nak p Jogja ni dibuat dua bulan lebih awal, pada waktu tu Airasia ada buat promo kalau tak silap, tiket yang aku dapat LCCT-Jogja RM194 return. Kira murah juga la. Tapi yang sakit hatinya minggu depan tu aku check balik pada tarikh yang sama just around RM14+.00 sahaja hokey! naik merah telinga aku.

Perjalanan bermula pada 29 hb Jan hingga 31 Jan.. kami amik flight jam 3 suku petang. Nasib baik lah tak delay, kalau tak kena la bertapa atau beryoga untuk menunggu flight yang lambat itu. Tapi syukur Alhamdulillah tak delay.. I loike! Flight ke Jogja lebih kurang 2 jam 30 minit. Sampai ja dah petang. 

Sampai Jogja aku dan rombongan *chewaah macam rombongan meminang disambut oleh kawan baik aku masa study ijazah sarjana di UKM, Liche. Dulu masa buat thesis dia mengandung, kali ni jumpa dah ada baby Zilla a.k.a baby thesis.. hehehehe. Ok2 berbalik kepada cerita Jogja, sampai ja terus g makan, Liche bawa kami ke Lombok Idjo. Owh! Nikmat + Lazatnya ayam bakar dan Jus alpokat di situ.. 




ada lagi la dua tiga hidangan.. tapi yang ni ja sempat ambil..

dah makan semua, maghrib terus gerak p satu kawasan ni.. kawasan ni area-area Kraton tak tau nama apa. Tempat anak muda melepak.. ada beca lampu-lampu yang meriah :) kawasan ni ada dua pokok besar. Jadi kepercayaan dorang siapa yang tutup mata dan jalan terus lalu diantara dua pokok ini maka dia mempunyai tahap keyakinan yang tinggi lebih kurang macam tu la.. tapi dari segi logik memang betoi pun. Kalau tak yakin masa berjalan sah-sah la ikut jalan lain kan?


untuk pengetahuan semua aku melepasi ya dua pokok tersebut..bab kata orang mengikut jalan yang benaaaaarrr..  tapi malangnya Zaidi ikut jalan serong.. keh keh.. ntah kelaut dia p.. patut aku panggil tak menyahut. Yang aku ni takut juga, sebab tutup mata gelap kot, bimbang takut buka-buka mata sampai Malaysia, camna? kah kah kah. Biol! 

 
ini lah beca yang meriah itu.. pandu sendiri OK! Habis lepak situ terus balik, malam pertama tdoq rumah Liche.. Thanks Liche! Capek! Jet Leg.. kah kah kah. Ok Tdo! Sambung Hari Kedua.



Hari kedua jam 5 pagi dah keluar bawa semua barang, sebab kali ni nak stay hotel area Jalan Malioboro yang popular tu.. kami amik kereta sewa + supir untuk hari kedua. Aku ngombrol *Indonesia puleekkk  ngan supir tu nak p Candi Borobudur, Candi Prambanan, Taman Sari, Gunung Merapi, Kratin dan Taman Sari.. apa yang dibalas oleh supir tu? nak tau? ngak cukup mass satu hari mau pusing-pusing.. aduh! pusing aku! aku ingat cukuplah.. tapi tak pa.. aku ajak supir g Candi Borobudur lepast mampir ke Gunung Merapi.

sampai kat Candi Borobudur awal pagi.. tak dak orang sebab waktu yang kami p ni bukan waktu libur.. jadi tak usah beratur ya mass, ibu, bapak, mbak :) bayarannya Rupiah 160 ribu untuk pelancong luar bersamaan RM 50 ringgit. Jadi disini aku nak bagi tips.. bawa kad pelajar ok, just dapat Rupiah 90 ribu sahaja.. dalam RM28 ringgit sahaja.. nak tau, aku bagi kad pelajar masa kat UM tahun 2006. Dia amik ja.. mybe aku nampak muda kot.. kah kah kah.. mau dak pun dia tak mau cakap banyak.. ngeee :)


 Pemandangan Candi waktu ni jam 7 pagi waktu Malaysia




oh! by the way.. nampak tak aku pakai ala-ala sampin hari raya tu.. itu wajib pakai ya.. nanti masa masuk kat pintu masuk tu ada orang pakaikan.. aku tak tau la apa benda tu.. turut saja.. takut juga, kang londeh candi tak nampak pulak. Jenuhhhh. Jadi kena senaman skit sebab jarak dia agak jauh dari pintu masuk. 

Pemandangan dari atas Candi

 owh. Ini jejaka Malaysia tapi sayangnya aku jumpa student sekolah sana dia kata aku dari India, Zaidi dari Thai.. OMGGGGGGGG! mau aku nak pelangkung ja budak tu.. sepoi mood bercuti.. kah kah kah

 Ok. ini Candi Borobudur.. Ada tujuh tingkat.. nak tau maklumat lanjut.. boleh google ja kat Wikipedia. Dulu aku hafal pasai struktur candi ni masa form 6. Masuk exam kot. Tinggi wehh.. capekk!







 Ok. Ni Stupa dalam tu ada patung juga.. eh, stupa tu yang kiri dan kanan aku tu k.. bukan yang baju biru dan kotak-kotak tu.. 



 Siriyesssss.. cantik pemandagan kat sini.. tenang ja.. kami pusing-pusing lepas tu duduk borak-borak.. angin sepoi-sepoi.. wuhhhh.. best! macam nak terlelap.. tapi banyak mat saleh terlelap kat sini..


Ok. Lepas lebih kurang Empat jam duduk sini terus turun.. OK masa turun tu jalan nak ke parkir ada orang jual-jual dalam kawasan Candi ni.. elokla kalau nak membeli souvenir.. sebab kat luar pun ada juga kedai-kedai.. tapi agak mahal.. kalau nak beli kat orang tu boleh la beli baju-baju dalam area candi tu.. kalau nak pakai sendiri.. sendiri plih la kat mana mau beli.. 


 Ok lepas candi terus gerak ke Gunung Merapi yang meletus pada tahun 2010 yang mengorbankan 37 Nyawa termasuk juru kunci gunung tersebut.. sejuk kawasan ni.. ala-ala mini cameron.


 Nama-nama mangsa yang terkorban

Rumah yang popular sini adalah rumah Mbah Marijan juru kunci gunung merapi.. tengoklah saja van, motosikal, peralatan muzik yang ditinggal.. sedih juga la kalau dengan juru pandu kami tu.. Oh! sampai ja kawasan korang jangan risau sebab ada juru pandu bersama motor. sebab nak ke kawasan atas tu jauh juga.. harga sekitar rupiah 50 ribu. = rm15 duit kita.. 




masih keluar kepulan asap lagi wooo.. seram bangat!

 
Dah melawat perut pun lapar supir tu bawa ke satu restoran. Tak tau juga apa motifnya dia bawa ke sini mula-mula tu.. rupanya motif supir bawa ke sini kerana dekat dengan rumahnya sebab dia nak balik mandi.. patutlah.. tapi sedap! harga pun tak mahal.. jangan risau lah kalau kat Indonesia, makan, tido.. semua murah.. Belanja aja :)

 Kreatif?


 Jus Alpokat? Avocado la beb!



Oh.. itu Udang Bakar Madu! Glurpppp telan air liurr..

Lepas makan, buang air besar dan kecil meneruskan perjalanan.. ke Taman Sari.. nak ke Kraton tapi dah tutup jam 2 waktu Indonesia.. Taman Sari jam 3 dah tutup.. jadi just boleh tengok dari luar ja lah.. Kraton ngan Taman Sari ni tak jauh pun sebenarnya kalau nak ikotkan.. 

 

Kolam untuk raja bersama dayang mandi.. untuk satu-satu masa 40 dayang akan mandi dan seorang raja akan melihat dari atas pelantar.. gambar pelantar tu ada kat FB.. tak upload. Kuikuikui.. dia sambil tengok dayang mandi sah-sah naik syehhhhh dok?? apa lagi.. dia akan baling la sapu tangan tu kat mana-mana dayang pilihannya.. apa akan jadi lepas tu? Lu Pikir Sendiri :P

 Depan Taman Sari.. 


Iklan.. Teh Botol! jangan lupa minum.. tapi kat Malaysia pun senang dapat dah skg..


 Ok balik ja dari Taman Sari Supir dah tanya.. nak ke mana lagi? mau berbelanja batik? waduhhhhh supir.. capek loorrrrr... jadi suruh dia bawa ke hotel yang berdekatan dengan Jalan Malioboro sebab senang nak berbelanja dan merasai malam ni Jogjakarta.. pilihan hotel Hotel Kristina.. 5 minit sahaja jalan ke jalan besar Malioboro tu.. tak jauh. Harga. Bilik Standard Rupiah 240 ribu sahaja termasuk sarapan pagi ok! lebih kurang RM76.. Bilik sangat OK!

Balik Tido. Malam keluar belanja.. tapi sayangnya.. kat Malioboro tapi ambil gambar..

 Bakso!


Hari ketiga.. hari mau pulang.. Liche jemput untuk ke pasar.. ada satu pasar depan jalan Malioboro tu akan bukan jam 7 pagi sampai 5 petang.. pasar tu la kalau nak beli kain batik, baju batik dan segala mak nenek barang nak kawen ka apa ka.. murah! sangat murah! jadi kami berbelanja aja di situ.. kalau baju batik tu dalam RM6 sahaja ok. Lepas berbelanja.. agak awal lagi untuk ke bandara jadi singgah rumah Liche dahulu untuk rehat sekejap.. sebab flight jam 5:40 petang..

 bersama mas dan rambutannya.. suami Liche :)

Pot Pet:
  • Bawa Kad pelajar masa bercuti.. ada setengah tempat boleh guna :)
  • Hotel boleh walk in pilih sendiri nak yang mana satu.. sebab banyak sangat hotel area situ.. kalau tak dak bintang tu macam aku duduk, kalau kat malaysia macam hotel 3 bintang.. selesa.. semua cukup.. breakfast tersedia.. siap datang bagi kat bilik Ok. Tak payah turun cafe segala..
  • Kalau nak g Jogja.. nak kereta dan supir boleh contact Windu Rent Car - email: heru.windurentcar@gmail.com. Korang boleh deal ngan dia.. harga terbaik! tak mahal ok!
  • Kalau nak makan, pilihlah kedai makan yang Ok skit.. jangan berkira sangat nak makan sebab kena jaga kesihatan masa travel.. takut sakit perut sebab kawasan persekitaran berbeza.
  • Kalau nak rasai kelainan di Candi Borobudur kena g sebelum subuh.. tengok sunrise.. tapi harganya berbeda bukkk eh.. mass.. 

Ok itu sahaja ceritanya.. sedih tak dapat pergi Prambanan dan Kraton.. next time lah.. 

Pemandangan Jogja dari atas pesawat





Next? Ngeh3....

Friday, October 19, 2012

Catatan Perjalanan: Krabi, Ao Nang Beach, Phi Phi Islands (31 Ogos - 2 Sept 2012)

Catatan Perjalanan: Krabi, Ao Nang Beach, Phi Phi Islands (31 Ogos - 2 Sept 2012)

Rombongan Cik Kiah yang diketuai oleh Kak Suraya bersama committee yang lain Abg Winit, Linda dan Suami, Tati dan suami, Kak Linda, Suhana, Nadia, Pony, Farid dan Hasren.. bertolak seawal jam 7.45 pagi pada 31 Ogos *merdeka tu check point tempat jumpa Danok. Jadi dari rumah ke Danok tak jauh.. dalam 5 minit boleh sampai tanpa nak cop passport segala.. tapi dah kena cop, tahan ngan UPP dan segala.. jadi la lebih kurang 10 minit.. 

berbalik kepada perjalanan ke Krabi mengambil masa lebih kurang 4-5 jam dari Danok.. tapi disebabkan singgah makan dan ke tempat riadah yang lain jadi la 7 jam baru sampai Krabi.. sebab apa memilih van? sebab nak tengok alam sekitar Thailand.. baru boleh kata jauh perjalanan luas pemandangan.. kalau naik flight.. tak nampak la alam sekitar Thai yang cantik.. apa yang lebih dan apa yang kurang dari negara kita..




Persinggahan pertama di Le Khaokob Cave.. pergh! terbaik! harga satu sampan tu lebih kurang 90 ringgit kalau tak silap.. kawasan ni tak sampai lagi Krabi.. kat Trang.. satu sampan boleh naik 4-5 orang.. masuk gua guna sampan.. biar gambar yang menceritakan..



Boleh bayang nak masuk lubang kat depan tu??










dalam pukul 3 juga sampai.. stay kat PK Mansion.. tak jauh dari pantai Ao Nang.. tak sampai 5 minit pun.. bilik ok... bilik harga sekitar RM 70-80 untuk satu malam.. ikot musim katanya..






Pantai Ao Nang..



Big Boss bersama suami.. honeymoon katanya.. hehehe





sampai jalan-jalan pantai Ao nang.. malam g night market krabi.. cuci mata.. buka sampai jam 10 malam.. waktu Thai ya.. 


gambar atas lori.. hari kedua nak ke Phi Phi Island.. untuk Phi Phi Island.. boleh ambil pakej.. satu kepala dalam RM90+ Makan Tengah hari.. BERBALOI! bawa p pulau-pulau sekitar Phi Phi Island.. kalau g krabi tak g Phi Phi Island tak sah la.. pakej bawa snorkeling dua tempat.. bukan tepi laut ya snorkeling.. tapi tengah laut.. mencabar kot.. kalau kat Malaysia.. bot tinggal kat pulau, pastu p snorkeling sendiri tapi ini tidak.. di tengah laut ushar ikan-ikan cantik OK.



diberi penerangan sebelum bertolak.. 




tengok yang baju hitam ngan merah sudah.. jangan tengok kiri kanan dia.. sat lupa habis ilmu yang ada di kepala.. kah kah kah..


Persinggahn pulau yang pertama







ni dah sampai tempat snorkeling.. tengah laut Ok.. bukan pesisir pantai..

Maya Beach... kalau sapa tengok cerita Hollywood The Beach.. sinematografi dilakukan disini..





itulah serba sedikit catatan perjalanan Krabi.. modal tak banyak.. semua dalam RM250.. termasuk van, tdo dan pakej ke Phi Phi Island.. makan tak banyak pun... ikot perut la senang.. kalau perut kecik wangnya juga kecil untuk makannya, kalau perut besar? pandai-pandai la kira..



Thanks a bunch sahabat-sahabat sekalian.. impian untuk naik van ke Krabi ni dah lama impikan.. akhirnya ku jejaki Krabi, dan Phi Phi Island... Next trip??? Phuket? Indonesia?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...